Berikut merupakan antara bahan tambah dalam detergen beserta fungsinya:
1. Enzim Biologi
Fungsi : Meningkatkan keberkesanan cucian dengan menguraikan kesan makanan dan kesan darah
Contoh : lipase, protease
2. Agen Pemutih
Fungsi : Agen peluntur yang menyingkirkan warna kotoran & menjadikan pakaian lebih berseri
Contoh : Natrium perborat, natrium hipoklorit
3. Bahan Berpendarflour
Fungsi : Menyerap sinar UV dari matahari dan memancarkan cahaya biru supaya pakaian putih kelihatan lebih putih
4. Pewangi (perfume)
Fungsi : mewangikan pakaian
5. Agen Penstabil
Fungsi : Mengelakkan pembentukan terlalu banyak buih
Contoh : Etanolamida
6. Pelembut air
Fungsi : Melembutkan air dengan memendakkan ion kalsium dan ion magnesium
7. Agen antienapan
Fungsi : Menghalang kotoran melekat semula kepada pakaian
8. Agen Pengering
Fungsi : Menjadikan detergen lebih mudah mengalir
*Sumber: Buku Teks Kimia Ting. 5 (zon Sarawak).
No comments:
Post a Comment