Sunday 15 July 2018

Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera Diraja

KEMASKINI: 

Permohonan kemasukan ke MTD bagi sesi 2019/2020 telah pun ditutup baru-baru ini. 

Sistem Semakan Online bagi Pengambilan Putera MTD Tahun 2019 kini telah dibuka sepenuhnya. 
Tuan / Puan / calon dari seluruh negara boleh menyemak keputusan kemasukan melalui pautan berikut: 



*********************************************************************************

Berita baik buat pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk mendapat pendidikan di Maktab Tentera Diraja (MTD), juga kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak ke sini, permohonan kemasukan ke MTD bagi sesi 2019/2020 kini telah dibuka. 



Permohonan adalah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut: 


Pemohon perlulah mendaftar akaun di pautan tersebut terlebih dahulu sebelum mendaftar permohonan kemasukan. 

Berikut merupakan antara syarat-syarat bagi permohonan masuk ke MTD: 

1) Calon yang menduduki PT3 pada tahun 2018.
2) Calon LELAKI sahaja.
3) Calon yang mendapat 7A diberi keutamaan.
4) Tinggi minimum: 152 cm, berat minimum 40.5 kg
5) BMI antara 18-27 
6) Ukuran dada 74 cm (biasa), 79 cm (tarik nafas) 
7) Sihat fizikal & mempunyai penglihatan yang baik.
    * boleh memakai cermin mata 


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus berhubung dengan pihak yang berkenaan:

Unit Pengambilan & Promosi 
Jabatan Pendidikan Tentera, 
Maktab Tentera Diraja.

Tel : 03-89465562/5565 (Isnin-Jumaat 8.15am-5.00pm)


** Untuk gambaran kasar proses pembelajaran & lifestyle di MTD, boleh baca pengalaman saya melalui pautan dalam blog ini (klik page MTD di bahagian atas).

Pautan luar tentang MTD:

Portal Rasmi MTD 

FB rasmi : Maktab Tentera Diraja 

Bagi mengetahui aktiviti-aktiviti lain sepanjang tahun di MTD, boleh layari laman berikut:
YouTube IMC MTD 

54 comments:

  1. Xleh isi pon yg applicant ic tu.dia tulis no.kp telah wujud

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada sebarang masalah dlm proses pendaftaran, boleh hubungi pihak MTD melalui no. telefon di atas ya.

      Delete
    2. Tu lah..aku try isi kan...dia nak no..aku isi nombor tentera abah aku baru menjadi

      Delete
  2. ASALAM SAYA DAH ISI BORANG PERMOHAN UNTUK ANAK SAYA, SECARA TAK SENGAJA SAYA TERHANTAR WALAU BORANG BELUM SIAP, ADAKAH KITA BOLEH ISI KEMBALI

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Boleh, cuba dlu isi semula. Jika tidak dapat, boleh hubungi pihak mtd.

      Delete
  3. Ada tak laluan ke tingkatan 4 bagi anak perempuan ke maktab tentera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf tuan/puan. Setakat ini, maktab tentera diraja hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

      Delete
    2. saya harap untuk perempuan akan ada sebab anak saya yng perempuan pun ingin ke maktab tentera

      Delete
    3. Sayapun mmg nak masukkan anak perempuan saya ke. Maktab tentera.....

      Delete
  4. Saya nak mohon untuk anak saya... Tapi tak boleh nak masuk .. Asik beritahu email tak wujud.. Kenapa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan / puan perlu mendaftar akaun terlebih dahulu dgn mengklik "sign up" di bhgn bawah.
      Atau boleh terus ke link ini:
      http://www.rmc-education.edu.my/register.html

      Delete
  5. Saya cuba nak sain in tak boleh plse tolong cikgu mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin puan sudah register sblum ini mggunakan emel yg sama, ataupun mgkin juga puan blum sign up.
      Jika tidak boleh juga, puan call sahaja Pejabat Promosi MTD melalui no. telefon yg ada dalam laman sesawang tersebut

      Delete
  6. Dalam poster di atas pun ada no. telefon unit promosi mtd

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamulaikum cgu, anak saya terpilih utk temuduga pada 6-12 Jan 2019 nanti. Ada banyak persoalan yg bermain di otak saya. Antaranya :
    1. Apakah aktiviti semasa temuduga 7 hari tu?
    2. Waris kena balik terus ke selepas daftar anak?
    3. kalau anak gagal, pihak MTD akan hubungi waris ke untuk ambil anak?
    Terima kasih cikgu.
    zulkafli40@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Cikgu Zul. Tahniah kerana anak Cikgu terpilih untuk ke Temuduga Pemilihan Kemasukan ke MTD.

      Merujuk kepada soalan Cikgu:
      1. Aktiviti temuduga melibatkan 3 aspek: temuduga secara lisan, bertulis (sains & math) serta Ujian Fizikal. Sebab itu mengambil masa seminggu.

      2. Ya, waris boleh balik selepas mendaftar anak untuk temuduga tersebut. Calon akan diberikan penginapan.

      3. Keputusan temuduga sama ada lulus atau tidak akan dimaklumkan pada hari terakhir, iaitu 12 Januari 2019.

      Selepas proses temuduga berakhir pada 12 Januari, calon boleh pulang ke rumah. Boleh sambung belajar dahulu di sekolah sekarang. Pendaftaran bagi Putera Ting. 4 biasanya diadakan pada bulan Februari.

      Delete
    2. Terima kasih banyak-banyak cikgu atas maklumat yang diberikan ini.

      Delete
  9. Assalam cgu nurul.. anak sya dah jalani temuduga pd mnggu lalu ttpi dukacita dia x berjaya trpilih sbg putera MTD 2019. Tersgtlah dia frust. Ada tak proses rayuan semula? Jika ada, mcmna nak urus?

    ReplyDelete
  10. Kalau rabun jauh macam mane?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalamulaikum Cikgu,maaf mengganggu borng pemohonan tu untuk sesi 2020 dan 2021 ni saya dah cuba masukan Kd/IC tapi di web tersebut tulis no.kp telah wujud . boleh cikgu terangkan maaf sekali lagi sebbab mengganggu

    ReplyDelete
  13. Kalau ada masalah penyakit asma dapat diterima?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada temuduga nanti. Jika dia dapat ikuti semua ujian fizikal semasa temuduga, maka tiada masalah.

      Delete
  14. Aslm cikgu,kalau pelajar yang tidak dapat 7A, adakah mereka berpeluang mengikuti MTD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, jika lulus temuduga. Namun, calon 7A akan diberikan keutamaan.

      Delete
  15. no ic telah wujud nak login xboleh..call mtd xangkt

    ReplyDelete
  16. sempat lagi ke dftr utk hari ni

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum cikgu,ujian sains dan math meliputi daripada tingkatan 3 ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Ya, soalan ujian meliputi soalan sains & math di peringkat menengah rendah.

      Delete
  18. Salam cigku, says daftar sep, says belum dapat gmail apa apa pu tel nom tak dapat jawab.macam mana ada num lain untuk contact

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, puan. Senarai nama yang layak untuk ditemuduga telah keluar. Cuba puan semak di laman facebook rasmi Maktab Tentera Diraja.

      Delete
  19. bagaimana nak buat surat rayuan cikgu

    ReplyDelete
  20. Saya berharap agar maktab tentera dibuka untuk pelajar perempuan

    ReplyDelete
  21. Saya pun begitu.Kerana anak saya kata tahun 2021 dia nak masuk mtd

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum,perempuan boleh masuk maktab tentera?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Buat masa sekarang, hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

      Delete
  23. Assalamualaikum cg ...klau pelajar perempuan tak boleh masuk ke MTD ka?? Sbb ank perempuan sg memang minat nk masuk ke MTD

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, Pn. Habibah.
      Ya, MTD hanya untuk pelajar lelaki sahaja.
      Pelajar perempuan boleh mohon masuk UPNM nanti.

      Delete
  24. Aslamualaikum boleh saya tanya kalau pelajar perempuan ada maktab ketenteraan ke ?
    1.Sekolah untuk ketenteraan mana boleh pelajar perempuan masuk

    ReplyDelete
  25. Cikgu perwmpuan punya tak Ada ka? ??
    Saya dgn kawan ii saya nak sngat masuk cikgu

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum,untuk perempuan ada dk?

    ReplyDelete
  27. Macam mana nak semak nama di maktab tentera sbb sya dh daftar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu semak secara online melalui laman Sistem Permohonan yang diisi baru-baru ini.

      Delete
  28. Salam..
    Mohon pencerahan..
    Sy dah isi borang permohonan utk sesi 2021 dah print borangnya slps online..
    Bila semakan di buat dinyatakan tidak membuat permohonan.
    Ada cara manual tak utk anak sy memohon semula...anak sgt berminat dgn MTD
    Utk pengetahuan anak sy form 3 sekolah SBP INSTAR dan wakil ragbi utk sekolah ke negeri dan kebangsaan dan ahli PKBM
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Puan boleh berhubung terus dengan pihak KPM. Ini kerana sistem permohonan pada tahun ini adalah direct bawah KPM. Pihak MTD tidak dapat akses terhadap mana-mana permohonan.

      Delete
  29. Maaf saya bertanya untuk tahun 2022/2023 pelajar perempuan berpeluang untuk masuk ke maktab tentera atau masih tidak dibuka atau perempuan?? ����

    ReplyDelete
  30. Kena 7A baru boleh masuk ke MTD ni

    ReplyDelete
  31. Kena 7A baru boleh masuk ke

    ReplyDelete
  32. Salam cikgu, macamana nak buat rayuan rmc? Di pautan link hanya ade pilihan sekolah berasrama penuh dan aliran agama shaja. Utk thun 2022 memang tiada rayuan ke? Tq cikgu

    ReplyDelete