Thursday 6 August 2015

Karnival Sains & Teknologi SMKBA 2015 : Hari 4

Aktiviti pada pagi ini dikendalikan oleh Panitia Perdagangan. Aktiviti dimulakan dengan Kuiz Perdagangan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 selama satu jam, iaitu dari pukul 7.30 – 8.30 pagi.



Bermula pada jam 9.30 pagi, pelajar-pelajar yang terlibat memulakan aktiviti “I Am CEO”. Melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar dilatih untuk mengaplikasikan ilmu perniagaan dan keusahawanan yang dipelajari dalam mata pelajaran Perdagangan. Mereka menjual makanan seperti nasi lemak, kuih, minuman dan aiskrim. Promosinya telah dijalankan bermula semalam (hari Rabu) melalui edaran iklan.



Pada sebelah petang pula diadakan pertandingan parachute (roket & payung terjun) di bawah bimbingan Cikgu Sembi. Selain daripada Pertandingan Saintis Muda, pertandingan ini juga merupakan salah satu kategori pertandingan semasa Karnival Sains peringkat daerah, iaitu Aeroangkasa.



Nampak seperti mudah, tetapi memerlukan ketepatan teknik bagi memastikan roket dapat dilancarkan jauh dan payung terjun dapat terbuka dengan sempurna. Pertandingan ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 4 sahaja. 



                                # Saintis Muda
                                # Pameran
                                # Demo Sains 

Sebelum: Karnival Sains & Teknologi SMKBA 2015 : Hari 5
                               # Klik Dengan Bijak 
                               

8 comments:

  1. Salam cikgu nurul, cikgu ada idea x mcm mne nak bwad eksperimen yang berkaitan tenaga.kerja dan kuasa yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian? Mohon jasa baik cikgu.. :) Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. hari tu saya suruh pelajar2 saya lumba lari je. ambil masa guna jam randik. sebelum tu timbang berat dulu. nanti kalau saya dapat idea lain saya update kemudian ye..

      Delete
    2. Ohh tq cikgu.Kump sy perlu bwad dua exp brkenaan tajuk tersebut.Exp prtama,lebih kurg mcm ckgu punya exp.Sy gnekn kaedah naik n turun tgga untuk mnentukan kuasa.Kalo exp bgitu,apa yg prlu sy sertakan dlm prbincngan lporan amali ye? dan utk exp kedua, sy masih lg kebuntuan idea..huhu .

      Delete
    3. Exp. kedua mungkin boleh buat pertandingan angkat kotak secara bergilir-gilir. Ala-ala pertandingan lumba lari sambil bawa telur dalam sudu. Boleh guna kotak. Bahagikan pelajar kpd beberapa kumpulan, buat beberapa lorong utk brtnding.
      Antara yang boleh dibincangkan sejauh mana jisim boleh mempengaruhi kerja / kuasa seseorang. Adakah pelajar yang kurus atau berbadan besar mempunyai kuasa yang lebih besar?
      Adakah jarak boleh mempengaruhi kuasa? Katakan jika jarak 10 meter ambil masa 3 saat. Jika jarak 50 meter, adakah masa diambil lebih / kurang drpd 15 saat?

      Delete
    4. ohh terima kasih cikgu, sangat membantu : )

      Delete
    5. assalamualaikum...
      cikgu saya nak tanya.. experiment payung terjun telur di bawak topik fizik ape???

      Delete
    6. W'salam. berkaitan dgn daya graviti (gravitational force). faktor rintangan udara

      Delete