Saturday 7 November 2015

Tindak balas Asid & Logam dan Aplikasinya

Soalan Kimia SPM selalunya menggabungkan banyak topik dalam satu soalan yang sama. Jadi, pelajar perlu menguasai semua tajuk dalam mata pelajaran Kimia bagi memastikan semua soalan dapat dijawab dengan baik. Ramai pelajar yang menganggap terlalu banyak tindak balas kimia yang perlu diingat. Tetapi sebenarnya ada tajuk-tajuk yang menggunakan tindak balas yang sama, cuma dengan aplikasi yang berbeza. Salah satunya adalah tindak balas antara asid dan logam.

Tindak balas asid dan logam digunakan dalam tajuk-tajuk / soalan-soalan berikut:


1. Ujian Pengesahan Asid.
   ( Bab 7, Ting. 4: Asid & Bes)

Bagi mengesahkan sesuatu larutan itu sebagai asid, maka larutan tersebut ditindak balaskan dengan logam (biasanya logam reaktif). Jika terdapat gas yang terbebas dan menghasilkan bunyi ‘pop’ apabila diuji dengan kayu uji bernyala, maka sahlah bahawa larutan tersebut merupakan suatu asid.

Kebiasaannya soalan ujian pengesahan asid memperuntukkan 3 markah. Contoh jawapan:
   i)   masukkan sekeping pita magnesium ke dalam larutan A dalam sebuah tabung uji (1m)
  ii)   dekatkan sebatang kayu uji bernyala ke mulut tabung uji (1m)
 iii)   kayu uji bernyala menghasilkan bunyi ‘pop’ (1m)


2. Ujian Pengesahan Gas Hidrogen

Antara soalan yang dikemukakan untuk tindak balas antara asid dan logam adalah:
 “Terangkan bagaimana anda menguji gas yang terbebas”

Sama seperti jawapan di atas, kita mesti mengujinya dengan kayu uji bernyala. Seterusnya, kayu uji bernyala akan menghasilkan bunyi ‘pop’.



3. Penyediaan Gas Hidrogen
    ( Bab 3, Ting. 4: Formula & Persamaan Kimia)

Dalam eksperimen penentuan formula empirik sebatian, terdapat dua kaedah yang digunakan.
Kaedah I melibatkan pembakaran logam reaktif dalam mangkuk pijar.
Manakala, Kaedah II pula melibatkan penurunan oksida logam kepada logam dengan menggunakan gas hidrogen kering.
Kaedah II digunakan untuk logam-logam yang kurang reaktif daripada hidrogen dalam Siri Kereaktifan Logam seperti kuprum, Cu, plumbum, Pb dan ferum, Fe.

Gas hidrogen dalam eksperimen ini disediakan melalui tindak balas antara asid kuat seperti asid hidroklorik, HCl dan asid sulfurik, H2SO4 dengan logam reaktif seperti magnesium, Mg dan zink, Zn.

Contoh:

Gas hidrogen yang terhasil kemudiannya dikeringkan dengan melalukannya ke dalam tiub-U yang berisi kalsium klorida kontang atau kobalt klorida kontang.


4. Penyediaan Garam Larut
    ( Bab 8, Ting. 4)

Garam larut boleh disediakan melalui 4 kaedah. Tindak balas antara asid dan logam digunakan untuk menyediakan garam larut selain daripada garam natrium, Na+, kalium, K+ dan ammonium, NH4+.

Contoh:


Catatan:
Tindak balas ini TIDAK BOLEH digunakan untuk garam kuprum, Cu2+ dan garam argentum, Ag+. Ini kerana logam Cu dan Ag berada di kedudukan yang lebih rendah daripada hidrogen dalam Siri Elektrokimia. Penyediaan garam kuprum dan argentum mesti menggunakan tindak balas antara logam dan oksida logam ataupun karbonat logam.


5. Tindak balas Redoks.
    ( Bab 3, Ting. 5)

Tindak balas antara asid dan logam merupakan salah satu contoh bagi tindak balas redoks, di mana proses pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak.

Contoh:

Dalam tindak balas di atas:
  i) Nombor pengoksidaan hidrogen, H berkurang daripada +1 kepada 0.
     Jadi, hidrogen mengalami penurunan.

 ii) Nombor pengoksidaan zink, Zn bertambah daripada 0 kepada +2.
     Jadi, zink mengalami pengoksidaan.

Pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak. Maka, tindak balas antara HCl dan Zn merupakan tindak balas redoks.

Jika kita membuat persamaan setengah / persamaan ion, kita boleh huraikan dari segi pemindahan elektron.



  i) Zink, Zn melepaskan dua elektron untuk membentuk ion Zn2+
     Jadi, zink mengalami pengoksidaan.
 ii) Hidrogen,H menerima elektron untuk membentuk molekul hidrogen, H2
     Jadi, hidrogen mengalami penurunan.


**Download nota ini DI SINI 

56 comments:

  1. asalam cikgu saya nak tanya sikit kalau asid nitrid campur asid clorida jadi asid apa ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Mksud amir asid nitrik + asid hidroklorik ke? Ia akn jd nitrohidroklorik asid. Ini bukan syllabus spm.

      Delete
    2. W'salam. Mksud amir asid nitrik + asid hidroklorik ke? Ia akn jd nitrohidroklorik asid. Ini bukan syllabus spm.

      Delete
  2. hello sya mau tnya kalau ketulan zink dicampurkan bersama asid sulfurik di dalam kelalang kon gas apa yg terbebas?

    ReplyDelete
  3. kalau sebatian kuprum oksida bertindak balas dgn asid nitrik, apa persamaan kimia yer. kemudian dicampurkan dgn larutan natrium karbonat, apa plk persamaan yer?

    ReplyDelete
  4. Klau ethyne gas reaction HCL, apa persamaan seimbang nya?

    ReplyDelete
  5. Asslm cg,,,kalau aluminium bertindak balas dengan HNO3 persamaan kimia yg seimbang macam mana??

    ReplyDelete
  6. Asslm cg,,,kalau aluminium bertindak balas dengan HNO3 persamaan kimia yg seimbang macam mana??

    ReplyDelete
  7. Apakah persamaan kimia antara ZnO dan HCL

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZnO adalah bes, HCl adalah asid. Bila asid brtindakbalas dgn bes, hasilnya adalah garam dan air

      Delete
  8. assalammualaikum cikgu.kalau AgNO3 BERTINDAK BALAS DGN LOGAM Mg hasilkan ape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.
      Hasilnya Magnesium nitrat dan Argentum

      Delete
  9. cg nk tnya klau ape persamman kimia bagi zink dengan asid hidroklorik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zn +2HCI ➡ ZnCI2 + H2
      betul kot klau tk silap

      Delete
  10. assalamualaikum
    kalau
    Mg+CH3COOH➡CH3COO2Mg atau MgOH2 +2H2O

    ReplyDelete
  11. apakah persamaan kimia bagi Aluminium karbonat dan asid nitrik?

    ReplyDelete
  12. Cg, apa tindakbalas antara kalium hidroksida dgn larutan nitrik?

    ReplyDelete
  13. cikgu . asid apa yang mempunyai kepekatan ion hidroksida paling tinggi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau asid ada ion hidrogen. Ion hidroksida untuk alkali

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. cgu kalau klorin bertidak balas dengan air apa jadi?

    ReplyDelete
  16. cgu..apa tidak balas klorin dengan air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan menghasilkan asid hidroklorik & asid hipoklorus yang bersifat peluntur (bleach)
      Cl2 + H2O --> HCl + HOCl

      Delete
  17. Assalamualaikum, Cikgu Nurul... Saya mahu bertanya... ‘Apakah perbezaan tindak balas(endotermik/eksotermik) antara asid hidroklorik dengan natrium karbonat dan tindak balas antara asid hidroklorik dengan natrium hidrogen karbonat?’

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. T/balas asid hidroklorik & natrium karbonat menghasilkan natrium hidrogen karbonat.
      HCl + Na2CO3 --> NaHCO3 + NaCl

      T/ balas asid hidroklorik & natrium hidrogen karbonat (natrium bikarbonat @ baking soda) hasilkan garam natrium klorida, air & gas karbon dioksida.

      HCl + NaHCO3 --> NaCl + H2O + CO2

      Delete
  18. Assalamualaikum,cikgu..apa inferens bagi pemerhatian eksperimen tindak balas asid terhadap logam?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Cikgu..kenapa kita kena gosok pita magnesium sebelum menggunakan?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,Cikgu. apa definisi bagi operasi asid dan alkali?

    ReplyDelete
  21. Nak tanya gas apa yang akan terhasil jika asid sulfurik cair bertindak balas dengan pita magnesium

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum cg, apa persamaan seimbang bgi pemanasan aluminium karbonat? betul ke ni cg, Al2(CO3)3-->Al2o3+o2+co2

    ReplyDelete
  23. Cikgu cam na formula kimia bgi larutan asid hidroklorik

    ReplyDelete
  24. cg nape pita magnesium kena gosok sebelum guna

    ReplyDelete
  25. cg, kalau magnesium bertindak balas dengan kuprum(II) sulfat, pepejal perang akan terbentuk. pepejal perang tu apa?

    ReplyDelete
  26. Selamat sejahtera cikgu,saya ingin tanya 'Adakah aluminium bertindak balas terhadap asid dan alkali?'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, aluminium boleh bertindak balas dengan asid dan juga alkali

      Delete
  27. cgu nak tnya kenapa terdapat perbezaan dalam eksperimen (air bromin dengan larutan ferum (II) sulfat) dan (serbuk magnesium dengan larutan ferum (II) sulfat)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana air bromin adalah agen pengoksidaan. Air bromin mengoksidakan ion Ferum(II) menjadi ion Ferum(III). Air bromin pula mengalami penurunan, diturunkan daripada bromin kepada ion bromida.
      Manakala logam seperti Mg adalah agen penurunan. Mg mengalami pengoksidaan. Mg dioksidakan kepada ion mangnesium, Mg2+.
      Mg menurunkan ion Ferum(II) kepada atom ferum.

      Delete
  28. Assalamualaikum.. Sya nk tnya .. Apa inferens bgi tindak balas asid terhadap logam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Inferens adalah sebab kepada pemerhatian. Jadi, apa pemerhatiannya? Baru boleh buat inferens.
      Jika pemerhatiannya adalah gelembung gas tidak berwarna terbebas, kemudian menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu ui bernyala, jadi inferensnya gas yg terbebas adalah gas hidrogen

      Delete
  29. apakah persamaan kimia untuk tindak balas asid butanoik dengan magnesium yang menghasilkan garam dan gas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. C3H7COOH + Mg --> (C3H7COO)2Mg + H2

      * yg nombor tu semua sepatutnya ditulis kecil di bhgn bawah

      Delete
  30. Cg nak Tanya apa pemerhatian yg diperoleh Jika asid hidroklorik dicampur dengan larutan natrium hidrogen karbonat??

    ReplyDelete
  31. Aslm cg......kalau asid sulfurik + zink karbonat dia jadi apa cg?terima kasih tolong menjawab cg

    ReplyDelete
  32. Persamaan kimia bagi tindak balas antara zink dengan asid hidroklorik?

    ReplyDelete
  33. Aluminium karbonat bergabung dengan asid nitrik jadi ap ue ckgu

    ReplyDelete
  34. Apa beza tindak balas antara asid hidroklorik dengan natrium karbonat ??

    ReplyDelete
  35. Assalammualaikum cg..kalau magnesium nitrat bertindak balas dengan natrium karbonat..mengahasilkan ape cg?

    ReplyDelete