Salah satu bangunan ikonik di Malaysia sudah tentunya Menara Berkembar
Petronas yang merupakan menara berkembar tertinggi di dunia. Dengan ketinggian
451.9 meter, ia pernah memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia. Salah satu
keunikannya terletak pada jambatan gantung (skybridge)
yang terletak di tengah-tengah bangunan yang menghubungkan 2 menara.
sisi menara berkembar berbentuk huruf 'M' yang mewakili 'Malaysia'
Saya telah berpeluang untuk merasai pengalaman berada di skybridge Menara Berkembar Petronas dan
ke tingkat tertinggi menara tersebut melalui pakej lawatan “Petronas Twin Towers Visit”. Memandangkan Menara Berkembar Petronas
(MBP) menempatkan pejabat-pejabat, jadi tak bolehlah kita sesuka hati saja nak
naik ke skybridge tu, kenalah ikut
pakej yang disediakan. Bilangan pelawat pula dihadkan kepada 500 orang sahaja
(jika tak silap) dalam satu hari yang dibahagikan kepada beberapa trip dari
pagi sehingga tengah hari.
Semasa lawatan, kita akan diiringi 1-2 orang tour guide yang akan memberikan penerangan sepanjang lawatan
termasuklah sejarah pembinaan MBP, strukturnya, galeri pameran dan macam-macam
lagi. Penerangan diberikan dalam dwibahasa.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kami tiba di skybridge yang terletak di tingkat 41. Jambatan ni sebenarnya ada
dua tingkat. Jambatan yang terletak di tingkat 42 hanya digunakan oleh para
staf di situ sahaja. Kami diingatkan bahawa kami mungkin akan berasa sedikit
pening jika ada angin kencang kerana jambatan tersebut akan “slide” sedikit. Tujuannya adalah bagi
mengelakkan jambatan runtuh. Tapi, nasib baiklah masa tu angin tak kuat.
Pheww…..
skybridge @ Petronas Twin Towers with length 58.4m. di hujungnya terdapat satu ruang untuk "sliding"
tidak ramai pelawat yang dibenarkan naik ke skybridge pada satu-satu masa
Kami diberikan masa lebih kurang 15 minit untuk berjalan-jalan dan
menikmati pemandangan udara dari skybridge.
pemandangan dari tingkat 41 menara petronas (170 meter dari bawah)
Seterusnya, kami dibawa ke pelantar
pemandangan (observation deck) di
tingkat 86, iaitu tingkat tertinggi untuk dinaiki. (sebenarnya ada 2 tingkat
lagi – tingkat 87 & 88 digunakan untuk pengurusan menara). Di sini, boleh
lihat keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dari ketinggian 360 meter. Di sini
juga terdapat galeri yang mempamerkan menara-menara pencakar langit di seluruh
dunia, fakta-fakta berkaitan MBP, model-model menara dan pelbagai lagi
informasi menarik. Masa ni bolehlah tengok puncak menara Petronas secara dekat
puas-puas. Rasa macam boleh gapai dengan tangan, nak pegang je benda bulat kat
atas tuu……..
galeri di tingkat 86
puncak menara sebelah
Bagaimana menyertai Petronas
Twin Towers Visit
Kaunter tiketnya terletak di tingkat bawah (ground level) MBP. Boleh juga ke sana melalui Suria KLCC, kemudian
carilah papan tanda yang menunjukkan arah ke Concourse KLCC. Tak pun, tanya
jelah mana-mana staf atau polis pengawal yang korang nampak. Senang citer.
Bagi yang merancang nak merasai pengalaman naik ke skybridge MBP, perlu diingatkan kena
beratur awal-awal di kaunter tiket. Ini kerana mereka mengamalkan konsep “siapa
cepat dia dapat” (first come first serve).
Walaupun anda pegi kaunter jam 9.00 pagi sekalipun tapi jika ditakdirkan semua
tiket sudah “sold out” maka jawabnya
gigit jari ajelah. Terutamanya jika pelancong asing ramai pada hari tu. Tiada
sebarang kuota istimewa diberikan walaupun anda warganegara Malaysia. Kita cuma
akan diberikan diskaun harga tiket sahaja dengan syarat mengemukakan MyKad.
Harga tiket lebih kurang dalam RM 20++ untuk seorang dewasa & RM12 untuk kanak-kanak.
Saya sendiri perlu pergi dua kali baru dapat beli tiket. Mula-mula
pergi tu tiket sudah sold-out, (sebab sebelum tu pegi petrosains dulu berjam-jam) maka terpaksalah datang balik keesokannya. Punyalah gigih, jam 8.30 pagi dah
terpacak depan kaunter tiket. Haha……Masa beli tiket, kita boleh pilih kita nak
trip pada pukul berapa. Satu trip ada lebih kurang 20-30 orang. Bersesak-sesak
lah kejap dalam lif nya. Kalau diapit pelancong-pelancong asing yang tinggi
melangit, nasib kaulah…..
Apa-apa pun, pengalaman ini sememangnya suatu pengalaman yang cukup
berharga. Rasa bangga sekejap sebagai rakyat Malaysia. Walaupun harga tiket
mungkin agak mahal, dengan masa lawatan yang tak sampai sejam, tetapi bagi saya
ianya dikira berbaloi untuk pengalaman sekali seumur hidup. Lebih-lebih lagi
sebagai cikgu, bila dapat first hand
experience sebegini, dapat kongsikan dengan pelajar secara lebih terperinci
tentang pembinaan & kestabilan sesebuah bangunan. Bolehlah cikgu ‘eksyen’
sket kann……. hehe….
p/s: thanx to my dear bff, Lynn yang menemani saya. ^_^
Selalu pergi ke KLCC, tapi tak pernah sekalipun naik ke puncaknya..
ReplyDeletejadi, kenalah cuba.. kalau ada geng lagi best!
Delete