Bermula dengan pelbagai transformasi di sekolah kami pada hujung tahun
lepas, pelbagai program telah dirangka demi memastikan sekolah berada pada
landasan yang betul untuk menuju ke arah kecemerlangan.
Selari dengan visi dan misi Tuan Pengetua untuk meningkatkan
pencapaian SMKBA dalam segenap aspek terutamanya dalam bidang kurikulum, program-program
berikut telah mula dilaksanakan sejak awal tahun ini.
1. Kelas Ekspress Pagi
- Dikhususkan untuk 2 mata pelajaran paling kritikal di SMKBA, iaitu
Bahasa Inggeris dan Matematik.
-Satu waktu PdP ditambah pada awal pagi, bermula pada jam 6.45-7.20 setiap
pagi. (PdP biasa bermula jam 7.20 pagi – 1.40 pm)
-Dijalankan secara bergilir-gilir antara 2 m/p, 1 minggu untuk Bahasa
Inggeris, 1 minggu berikutnya untuk Matematik.
-Pelajar Ting. 1 & 2 melaksanakan aktiviti menghafal sifir dan membaca
buku bahasa inggeris.
-Pelajar Ting. 3-5 dibekalkan modul matematik & BI
- Dikendalikan oleh Guru Tingkatan & dipantau oleh Pengetua, Pen.
Kanan dan K.Bidang.
2. Kelas Ekspress Petang
- Bermula jam 2.30-4.00 petang, setiap hari Isnin, Selasa & Khamis
(Rabu-KK)
- Melibatkan semua pelajar (asrama & harian), semua kelas dan
semua guru
- Pelajar & guru diberi pilihan sama ada menggunakan waktu kelas
petang untuk menyiapkan homework atau
guru ingin mengajar.
- Peringkat awal hanya melibatkan m/p teras sahaja
3. Kelas Ekspress Malam
- Hanya melibatkan pelajar asrama
-Pelajar mebuat ulangkaji @ mengikuti kelas tambahan yang dijalankan
guru (jika ada)
4. Program Kad Sifir
- Melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2
- Bertujuan untuk menggalakkan pelajar menghafal sifir bagi
meningkatkan kemahiran dalam m/p matematik.
- Setiap pelajar dibekalkan satu kad sifir (sifir 1-12) pada setiap
minggu
- Pelajar yang paling banyak menghantar kembali kad sifir untuk
disemak & pelajar yang paling banyak mendapat gred A untuk bacaan sifir
diberikan hadiah semas perhimpunan
- Dalam banyak-banyak program yang telah dijalankan, program ini boleh
dikatakan yang paling berjaya setakat ini.
5. Kuiz Mingguan Matematik & Bahasa Inggeris
- Satu soalan kuiz matematik & BI ditulis pada papan notis di bangunan
akademik pada setiap hari mengikut tingkatan.
- Pemenang kuiz diumumkan dan diberikan hadiah semasa perhimpunan
mingguan.
6. Anugerah Lencana Bintang Terpuji
- Berdasarkan rekod merit dan demerit setiap pelajar
- Lencana Bintang Terpuji dianugerahkan kepada pelajar yang mendapat
merit terbanyak secara bulanan.
- Setiap guru dibekalkan satu buku untuk mencatatkan rekod merit dan
kesalahan murid sepanjang waktu persekolahan (terutama semasa PdP)
- Rekod mata merit demerit pelajar kemudiannya dikemaskini dan
dipindahkan ke dalam fail individu pada setiap hari Jumaat oleh penyelaras
merit demerit (iaitu saya).
7. Pertandingan Bulanan Antara Unit KK
- Setiap bulan, 2 unit KK (sama ada Badan Beruniform, Kelab, Persatuan
atau Sukan & Permainan) perlu menganjurkan
satu pertandingan antara unit KK
- Jenis pertandingan ditentukan oleh unit KK yang menganjurkan.
7 program di atas cuma sebahagian daripada rutin guru di sini.
Tugas-tugas lain bergantung pada senarai tugas & tanggungjawab
masing-masing kerana setiap guru punya tugas tambahan yang berbeza. Ditambah pula
dengan jarak yang jauh antara sekolah dengan kediaman guru-guru yang tinggal di
luar.
Saya sendiri menambah satu lagi hari bertugas pada hari Sabtu khusus
bagi menjalankan kelas tambahan Kimia untuk pelajar-pelajar 5 Sains & 4
Sains memandangkan tiada slot bagi m/p elektif semasa kelas petang. Itupun jika
tiada sebarang program sekolah dijalankan pada hari Sabtu.
Ramai yang mungkin hairan mahupun tidak percaya pada kesibukan
guru-guru masa kini. Namun, saya percaya hampir semua yang bergelar guru
menempuhi rutin yang tidak jauh berbeza.
Walau apapun, saya percaya pada kata-kata Pengetua saya,
“To be successful, there’s no other way than HARD WORK.
To be MORE successful, we must WORK HARDER”.
p/s: Moga kami akan terus kuat & istiqamah demi masa depan anak
bangsa…..
No comments:
Post a Comment