Sunday 26 February 2017

Aktiviti Ketumpatan

Pengenalan

Ketumpatan didefinisikan sebagai nilai jisim per isipadu sesuatu bahan


Unit bagi ketumpatan : g/cm3

Oleh itu, ketumpatan dipengaruhi oleh 2 faktor, iaitu:
i) Jisim bahan
ii) Isipadu bahan


Aktiviti 1: Terapung / Tenggelam

Aktiviti ini selalunya dijadikan sebagai set induksi.
Dijalankan secara berkumpulan dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan (inquiry-discovery learning)


Langkah-langkah:
1. Berikan beberapa objek / bahan kepada setiap kumpulan
Contohnya: tin minuman, botol air mineral, buah-buahan (epal/oren/dll), plastisin, polisterin, bongkah kayu, bebola besi, alat tulis dsb.
2. Masukkan objek ke dalam air
3. Rekodkan objek mana yang tenggelam & objek yang timbul
4. Minta pelajar berikan sebab

5. Selepas pelajar memberikan maklum balas, guru bincangkan konsep ketumpatan

6. Kemudian, minta pelajar buat perbincangan dalam kumpulan untuk fikirkan cara bagaimana mahu tenggelamkan objek yang timbul / apungkan objek yang tenggelam.
Contoh: bagaimana nak tenggelamkan buah oren / polisterin & bagaimana nak apungkan plastisin

sumber rujukan: Nilam Publication sdn. bhd. 

7. Untuk pendekatan KBAT, minta pelajar sendiri bina hubungan antara ketumpatan dengan jisim & isipadu


Aktiviti 2: Lebih Tumpat / Kurang Tumpat

Aktiviti ini dijalankan untuk menunjukkan kedudukan objek / bahan yang lebih tumpat dan objek / bahan yang kurang tumpat

Langkah-langkah:

1. Sediakan 1 gelas air dan 1 gelas berisi minyak



2. Letak kadbod atas gelas berisi air & telangkupkan ke atas gelas yang berisi minyak




3. Tarik sedikit kadbod untuk membenarkan aliran air & minyak



4. Pemerhatian: air akan turun ke bawah & minyak akan naik ke atas.



Penerangan:
Air & minyak tidak akan bercampur kerana mempunyai ketumpatan yang berbeza. Bahan yang lebih tumpat akan sentiasa berada di bawah, manakala bahan yang kurang tumpat akan sentiasa berada di atas.




Aktiviti 3: Faktor-faktor Ketumpatan

Aktiviti ini dijalankan untuk menunjukkan bagaimana faktor jisim & isipadu mempengaruhi ketumpatan sesuatu bahan

Langkah-langkah:

1. Sediakan 2 bikar berisi air.
2. Masukkan telur ke dalam bikar pertama. (pemerhatian: telur tenggelam)


3. Larutkan garam ke dalam bikar kedua. Masukkan telur ke dalam air garam (pemerhatian: telur terapung)


4. Tambahkan air ke dalam bikar yang berisi air garam tadi. (pemerhatian: telur yang terapung akan tenggelam perlahan-lahan)



Penerangan:
1. Telur lebih tumpat daripada air. Jadi, telur akan tenggelam dalam air biasa.
2. Apabila garam ditambah ke dalam air, jisim bertambah menjadikan ketumpatan air garam lebih tinggi daripada air biasa. Jadi, telur terapung di atas air garam.
3. Apabila air ditambah ke dalam air garam, isipadu air bertambah menjadikan ketumpatan air berkurang. Jadi, telur akan kembali tenggelam.
**hanya ketumpatan air yang berubah, ketumpatan telur tidak berubah**


Kesimpulan:

Apabila jisim bertambah, ketumpatan akan bertambah
Apabila isipadu bertambah, ketumpatan akan berkurang

Bahan / objek yang lebih tumpat berada di bawah
Bahan / objek yang kurang tumpat berada di atas  

sumber rujukan: Pearson-Longman 


Video Aktiviti Ketumpatan: klik DI SINI 

38 comments:

  1. Cikgu saya nak ketumpatan hasilkan 3 bahan dalan ketumpatan itu

    ReplyDelete
  2. Cgu macam mane nk apungkan bekas polisterin yang mengandungi 10 biji guli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambahkan ketumpatan air, cth : tambahkan garam @ gula le dlm air

      Delete
    2. Tambahkan ketumpatan air, cth : tambahkan garam @ gula le dlm air

      Delete
  3. erm cikgu,andai kata la ada soalan tentang perbezaan ketumpatan bahan dengan cecair yang berlainan. contoh bahan yg sama, tetapi cecair berlainan,lepastu ditanya apakah hubungan antara bahan tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak bina hubungan antara bahan yg sama?

      Delete
  4. Cikgu....mcm manakala nak kita ketumpatan sepatutnya objek contoh minyak tu berapa dia 50g dan isipadu air dia 90cm???

    ReplyDelete
  5. Tekanan = ketumpatan x gravity (g) x ketinggian (h)

    Berpakah tekanan bagi sebuah silinder berisi minyak dimana ukuran dimeter silnder tersebut adalah 5 meter Dan ketinggian silider 10 meter.

    ReplyDelete
  6. Macam mane nk cipta minuman dan makanan menggunakan konsep ketumpatan

    ReplyDelete
  7. Hai cikgu. Apakah jenis makanana yg menggunakan konsep ketumpatan selain puding

    ReplyDelete
  8. Hai cikgu , mcm mana kalau soalannya .. "sebiji oren tenggelam di dalam air , bagaimanakah ini boleh berlaku ? "

    ReplyDelete
  9. Cikgu,ape Yg akan berlaku kepada bekas polistirena jika bekas polistirena dimasukkan ke dalam bekas air yg diisi dgn larutan garam?

    ReplyDelete
  10. Cikgu ape yg akan berlaku Kalau bekas itu dimasukkan ke dalam bekas larutan garam

    ReplyDelete
  11. Cikgu , saya sudah letak telur kedalam air yang mengandungi garam yang telah larut tetapi telur tu tidak terapung .
    kenapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin garam yang dimasukkan tidak cukup banyak untuk mengatasi ketumpatan telur

      Delete
  12. Cikgu saya nak tanya bagaimanakah air boleh menjadi lebih tumpat

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ada bahan lain dalam air. contohnya air itu dimasukkan garam / gula.

      Delete
  13. HAI cikgu..kenapa bekas polisterina terapung dlm air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana bekas polisterina kurang tumpat daripada air

      Delete
  14. Cikgu selain gula dan garam, apa benda lagi yang boleh digunakan dalam experimen ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gula & garam paling senang utk eksperimen faktor jisim mempengaruhi ketumpatan air. Ini kerana gula & garam mudah larut dalam air. Selain itu boleh cuba bahan2 lain yg juga senang larut dalam air, misalnya kordial seperti sunquick dsb.

      Delete
  15. Alhamdulillah terima kasih cikgu
    Baru saya faham.😊

    ReplyDelete
  16. Cikgu bagaimana murid itu boleh mengapungkan bekas polisterin yang mengandungi 10 biji guli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas polisterin mengandungi banyak ruang udara. Bekas polisterin kurang tumpat daripada air dan tetap terapung walaupun dimasukkan 10 biji guli

      Delete
  17. Klu campur susu dlm air, adakah air menjadi lebih tumpat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan air yang menjadi lebih tumpat, campuran tersebut yang menjadi lebih tumpat, kerana jisim cecair telah bertambah

      Delete
  18. cikgu , adakah susu pekat dan pasir boleh menjadikan air lebih tumpat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu pekat ya, tapi pasir tidak. Sebab pasir tak boleh bercampur dengan air

      Delete
  19. Cikgu,boleh ke tambah gula/garam dalam air supaya plastisin terapung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plastisin perlu diubah bentuk supaya boleh terapung

      Delete
  20. cikgu minta maaf bertanya. Bukankah kalau kita tambah air pada air garam akan menjadikan jisimnya juga bertambah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ambil kira jisim garam sahaja. Jadi bila tambah air, isipadu air bertambah, tapi jisim garam tetap sama.

      Delete