Monday 1 January 2018

Dual Language Programme (DLP) Tahun 2018 Ditangguhkan

Penangguhan pembukaan kelas baru untuk Program DLP bagi tahun 2018 membuka tirai isu pendidikan pada tahun ini. 


Sebagai makluman bagi sekolah yang belum terlibat,  Program DLP merupakan suatu program di mana PdPc bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dijalankan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Ia merupakan suatu inisiatif di bawah dasar MBMMBI, iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkasakan Bahasa Inggeris. 

Program DLP dimulakan pada tahun 2016 di sekolah-sekolah yang terpilih berdasarkan 4 kriteria yang dipenuhi, iaitu: 
1. Sumber yang mencukupi
2. Kesediaan sekolah 
3. Sokongan ibu bapa 
4. Pencapaian sekolah dalam Bahasa Melayu SPM 

Pada peringkat awal, ia melibatkan murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bagi kohort 2016. 
Untuk kohort 2017, bilangan sekolah DLP semakin bertambah. Apabila telah terpilih sebagai sekolah DLP, maka program DLP perlu diteruskan terhadap kohort murid-murid seterusnya, manakala murid DLP pula akan terus berada dalam sistem DLP sehingga mereka tamat Tingkatan 5. 

Maka, ia merupakan suatu perkara yang agak mengejutkan apabila pihak kementerian mengambil keputusan untuk menangguhkan program DLP untuk kohort 2018 (kelas DLP sedia ada diteruskan seperti biasa). Lebih-lebih lagi apabila berita itu hanya disampaikan 2 hari sebelum sesi persekolahan tahun 2018 bermula. Surat rasmi penangguhan tersebut pula hanya akan dikeluarkan pada 2 Januari 2018. Sudah tentu ada sekolah yang sudah menyelesaikan sesi pendaftaran murid baru & telah melaksanakan taklimat penataran DLP kepada para ibu bapa. 

Berikut merupakan makluman mengenai penangguhan program DLP yang disampaikan oleh urusetia DLP di JPN: 


Penangguhan DLP secara tiba-tiba seperti ini menimbulkan banyak persoalan / isu / situasi kurang selesa di sekolah DLP. 

Kita ambil contoh sekolah DLP (SMK) kohort 2017. Bagi tahun 2018, kelas DLP yang ditawarkan sepatutnya Ting. 2 dan Ting. 1. Kelas DLP bagi Ting. 1 ditangguhkan, manakala kelas DLP bagi Ting. 2 diteruskan. 

Antara isu / persoalan yang bakal timbul adalah: 

1. Jika PdPc Sc dan Mat ting. 1 dijalankan dalam BM pada peringkat awal, kemudian program DLP diteruskan semula, adakah PdPc yang telah dijalankan sebelum ini perlu diulang semula dalam BI?

2. Adakah pelajar Ting. 1 2018 tidak perlu mengikuti DLP sehingga Ting. 3? Jika mereka dikehendaki mengikuti DLP selepas ia diteruskan semula, bagaimana dengan pelaksanaan PT3 nanti? 

3. Persoalan utamanya adalah, mengapa keputusan untuk menangguhkan DLP dilakukan secara tiba-tiba tanpa sebarang makluman rasmi kepada pihak sekolah, terutamanya kepada guru-guru yang bertindak sebagai pelaksana DLP? 

4. Sampai bilakah ia akan ditangguhkan? 

5. Sekolah perlu berhadapan dengan pelbagai respon, persoalan dan 'demand' daripada ibu bapa. Seharusnya sekolah perlu diberikan maklumat yang terperinci berkenaan hal ini. 

Apa-apa pun, kita harapkan agar isu penangguhan program DLP ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Semoga pihak kementerian juga dapat mengeluarkan surat pekeliling / surat siaran serta garis panduan terkini secepat mungkin kepada pihak sekolah. 

SELAMAT TAHUN BARU 2018 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA GURU & MURID


36 comments:

  1. ..jgn kerana pru ditgguh..lepas pru..bahasa melayu sbg bahasa sains dan teknologi terus dihancurkan..hingga kiamat..tak bangsa lain di dunia yg hancurkan bahasa sendiri kecuali bangsa yg tolol dan bengong. Tuhan kurniakan bahasa melayu kpd bangsa melayu di malaysia dan nusantara utk dimartabatkan bukan utk dihancurkan atau utk mengajar lukisan dan sejarah sahaja, kecuali mereka yg mindanya telah terjajah dan belum merdeka...lihat filipina dan ngra2 di afrika..majukah guna bi dan bahasa perancis?...mundurkah england, australia, new zealand, usa gunakan bi?...wpun penduduk di sana semuanya 100% melayu...hehe

    ReplyDelete
  2. is this true? still waiting for memo from MOE.

    ReplyDelete
  3. Mungkin KPM ada strategi untuk menyelesaikan masalah DLP tahun 2018 .. yang layak boleh laksana daan yang tak layak tak boleh laksana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, harap2 nya begitulah. Bnyk isu yg dah timbul sejak dlp dilaksana. Cuma selama ini suara ckgu2 x smpai ke peringkat atas.

      Delete
  4. Betul ke Cikgu? Saya dah telefon sekolah anak, mereka x dapat info lagi. Kalau betul frustnye... mmg pilih sekolah menengah ni untuk buat DLP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma ditangguhkan, tp tidak dimansuhkan. Saya percaya tak lama lagi ia akn diteruskan & kelas baru utk tahun 1, tahun 4 & ting.1 akn dibuka. Cuma sekarang mereka sdg kemaskini garis panduan pelaksanaannya.

      Delete
    2. Cuma ditangguhkan, tp tidak dimansuhkan. Saya percaya tak lama lagi ia akn diteruskan & kelas baru utk tahun 1, tahun 4 & ting.1 akn dibuka. Cuma sekarang mereka sdg kemaskini garis panduan pelaksanaannya.

      Delete
    3. Ok cikgu, tq. Mengharapkan yg terbaik untuk anak2 kita.

      Delete
  5. Surat dari KPM ada keluar hari ini tak??

    ReplyDelete
  6. org atasan belajar sampai darjah berapa yer? keputusan yg mereka buat seringkali memberi kesan yg besar kepada anak anak. setiap satu yg baru dilaksanakan pastikan habiskan kohort tersebut sampai tingkatan 5. bukan sekejap macam itu n sekejap macam ini. senangnya 'mereka' membuat keputusan memperjudikan masa depan anak anak kita..malahan anak anak mereka kebanyakan bersekolah bukan disekolah kerajaan.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. bagus ke dlp ni?x membebankan budak darjah satu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf baru berkesempatan utk reply. Sbenarnya DLP ni bagus. Cuma ia sgt perlukan strategi pelaksanaan yg bagus juga serta tahap kerajinan yg tinggi. Baru dpt capai keberkesanannya. Ia tak menjadi beban jika dlp dilaksana dgn niat nak biasakan murid dgn scientic terms in english sejak dari awal. Tapi jika dlp dilaksana utk tahun 1 dgn syllabus yg bertaraf tinggi, dgn expectation murid sudah boleh speaking & faham english, so ia mmg agak membebankan. Jadi, selain guru, ibu bapa juga perlu kenal pasti tahap kesediaan anak2 utk dlp.

      Delete
    2. Salam. Maaf baru berkesempatan utk reply. Sbenarnya DLP ni bagus. Cuma ia sgt perlukan strategi pelaksanaan yg bagus juga serta tahap kerajinan yg tinggi. Baru dpt capai keberkesanannya. Ia tak menjadi beban jika dlp dilaksana dgn niat nak biasakan murid dgn scientic terms in english sejak dari awal. Tapi jika dlp dilaksana utk tahun 1 dgn syllabus yg bertaraf tinggi, dgn expectation murid sudah boleh speaking & faham english, so ia mmg agak membebankan. Jadi, selain guru, ibu bapa juga perlu kenal pasti tahap kesediaan anak2 utk dlp.

      Delete
  8. Sejak ia di laksanakan peratusan pelajar melayu yg lulus pt3 mcm mn? Ank saya terpilih untuk dlp form 1. Br daftar di sbp 10hb. Skrg masih minggu orentasi .. mohon pendapat yg ikhlas dr cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, sy akn reply melalui emel puan.

      Delete
    2. Cc ke email saya juga cikgu. Pendapat ikhlas dari cikgu mengenai dlp

      Delete
    3. Assalamualaikum cikgu, jika tdk keberatan mnta email pd sy juga di alia_elias@yahoo.com
      terima kasih ya cikgu.

      Delete
    4. Salam. saya sudah emel kpd pn. alia. tp maaf sy tiada maklumat emel en. mohd nizam.

      Delete
    5. Salam cikgu nurul mohon pencerahan coz anak saya di sekolahnya menggunakan DLP tahun 1..saya agak keliru sikit smada budak boleh teruskn or mcm mana or pada peringkat awal dia boleh bawa DLP TU. atiey.chya@gmail.com

      Delete
    6. cikgu , boleh kongsi ulasan cikgu tentang DLP, Saya didalama Dilema, Anak terpilih ke DLP tapi Ulasan Tuan Pengetua semasa majlis orientasi not in favor.
      nazlee80@hotmail.com

      Delete
  9. salam.oleh dapatkan senarai sekolah yang terpilih utk P&P DLP
    tq

    ReplyDelete
  10. Zaman ayah datuk saya science , mathematics in english ok ja. Pada pendapat saya kalau nak start mula dari budak darjah 1.Kementerian pun janganlah setiap 5 tahun tukar strategi. Macam tu, bilanya nak tengok hasil.

    Tak fahamlah orang yang jadi ketua program dalam MOE ni...asik nak tukar je. Ke asal bos baru je tukar method.adoiyaii.

    Terkejar2 parent, cikgu nak tukar skill.. Baru nak mahir..kena belajar skill lain...bilanya nak majuuu. Cikgu kesian...budaak lagi kesian.mak bapak pening nak ajar macam mna.

    ReplyDelete
  11. Program DLP untuk Science, Mathematics in English untuk anak yang sederhana dalam subjek BI adakah tindakan yang bijak atau tidak?. Mohon nasihat ikhlas dari cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sains dia ok & dia boleh ikuti pngajaran gurunya in english, then tiada masalah.

      Delete
    2. Kalau sains dia ok & dia boleh ikuti pngajaran gurunya in english, then tiada masalah.

      Delete
  12. Salam sejahtera. Boleh saya tahu macamana nak dapatkan senarai sekolah menengah di Selangor yang melaksanakan program DLP ini? Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. sekarang masih ditangguhkan ke cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu :) saya kena tau isu semasa esok ada interview ipg

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Bleh x cikgu e-melkan list sekolah yang Ade DLP kt zubaidah7704@gmail.com

    ReplyDelete
  16. byk benda nak tanya pasai dlp ni... sbb anak sy dah f2 skrng. ..bila tanya cikgu² kata ikut arahan...

    ReplyDelete
  17. Zaman sekarang, semua perkara bergerak pantas. Mungkin juga sudah tiba masanya kita juga perlu pantas menyesuaikan diri dengan perubahan. Guru-guru dan ibubapa perlu sentiasa beri motivasi pada anak-anak. Kita ambil dari sudut positif, melalui DLP ni anak-anak nak taknak kena guna BI. Lama-lama nanti biasalah tu. Cuma proses ni memakan masa, bukannya hari ni apply, esok terus pandai. Program ni adalah untuk jangka masa panjang.

    Satu lagi, kita semua perlu ubah mindset. Anak-anak janganlah awal-awal sudah letak mindset DLP tu susah, STEM tu susah, belajar dalam BI tu susah. Cuba dulu, usaha sungguh-sungguh dulu. Baru susah sikit, jangan terus jatuh tersungkur.
    Guru-guru, ibu bapa, pibg, pemimpin sekolah kena ubah mindset bahawa pembelajaran ni bukan untuk kita kejar gred A. Belajar ni adalah satu proses yang berterusan, yang sepatutnya seimbang dari semua segi termasuk sahsiahnya, emosinya dan fizikal. Slow-learner itu hakikatnya adalah lebih baik daripada mereka yang berputus asa.
    Kita jadi stress bila gred peperiksaan menjadi kayu ukur kepandaian anak-anak. Sedangkan kepandaian itu ada pelbagai jenis.
    Saya doakan agar anak-anak puan diberikan kekuatan dalam menempuhi cabaran menuntut ilmu. DLP ini hanyalah sebagai asas pembelajaran. Yang akan menentukan kejayaan anak-anak adalah kesungguhan & mindset mereka sendiri.
    Wallahualam...

    ReplyDelete
  18. Salam cikgu.. Sejak dlp laksanakan peratusan pelajar melayu yg lulus pt3 2019 mcm mn? Ank saya terpilih untuk dlp form 1.. saya risau sangat.. sya suruh dia keluar dari kelas tu tp dia x nak. sbb masa orientasi dia ditempatkan di kelas tu.. mohon email saya - ainie179@yahoo.com

    ReplyDelete