Sunday 6 May 2018

Ujian Pengesahan Gas

Soalan ujian pengesahan gas merupakan salah satu soalan yang biasa ditanya dalam Kertas 2 Kimia. Biasanya soalan ini memperuntukkan 3 markah ataupun 2 markah. Ramai pelajar yang tidak dapat markah penuh untuk soalan seperti ini bukan kerana mereka tidak dapat menjawab atau tidak tahu. Jawapan sudah betul, cuma tidak lengkap.


Kesilapan Umum

Berikut merupakan antara contoh kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar:

1. Ujian pengesahan gas karbon dioksida
    Jawapan pelajar:
    - guna air kapur  (X)
    - air kapur menjadi keruh (Ö)

2. Ujian pengesahan gas hidrogen
    Jawapan pelajar:
    - guna kayu uji bernyala (X)
    - bunyi ‘pop’ terhasil (Ö)

Berdasarkan dua contoh jawapan di atas, pelajar hanya dapat 1 markah sahaja untuk pemerhatian.  
Soalan bukan tanya perlu guna apa, tetapi perlu diterangkan bagaimana ujian tersebut dijalankan.

3. Ujian pengesahan gas klorin
    Jawapan pelajar:
    - guna kertas litmus biru (X)
    - bertukar merah  (X)

Dalam jawapan bagi soalan no. 3, ada tiga kesilapan yang dilakukan oleh pelajar.
i)                    Tidak menyatakan bagaimana ujian tersebut dijalankan
ii)                   Tiada perkataan ‘lembap’, sepatutnya: kertas litmus biru lembap
iii)                 Point kedua tidak lengkap, apa yang bertukar merah?


Tips Menjawab Soalan Ujian Pengesahan Gas

Bagi mendapatkan 3 markah penuh untuk soalan ujian pengesahan gas, 3 perkara berikut perlu disertakan dalam jawapan:

1. Prosedur / Kaedah (Procedure)
2. Pemerhatian (Observation)
3. Kesimpulan (Conclusion

Secara ringkasnya, ingat POC (procedure, observation, conclusion)


Ujian Pengesahan Gas

Jenis Gas
Sifat Fizik
Ujian Pengesahan Gas
Prosedur (Procedure)
Pemerhatian (Observation)
Kesimpulan (Conclusion)
Oksigen
Tidak berwarna
Masukkan kayu uji berbara ke dalam tabung uji yang mengandungi gas oksigen

Kayu uji berbara menyala
Menunjukkan kehadiran oksigen
Karbon dioksida
Tidak berwarna
Lalukan gas karbon dioksida ke dalam air kapur

Air kapur menjadi keruh
Menunjukkan kehadiran gas karbon dioksida
Hidrogen
Tidak berwarna
Letakkan kayu uji bernyala di mulut tabung uji yang mengandungi gas hidrogen

Bunyi ‘pop’ terhasil
Hidrogen hadir
Gas Ammonia
-Tidak berwarna
-Berbau sengit
Masukkan kertas litmus merah lembap ke dalam tabung uji yang mengandungi gas ammonia

Warna kertas litmus merah lembap menjadi biru
Gas ammonia disahkan hadir
Sulfur dioksida
-Tidak berwarna
-Berbau sengit & menyesakkan nafas
Masukkan kertas litmus biru lembap ke dalam tabung uji yang mengandungi gas sulfur dioksida

Warna kertas litmus biru lembap menjadi merah
Gas sulfur dioksida disahkan hadir
Lalukan gas sulfur dioksida ke dalam larutan kalium manganat(VII) berasid

Warna ungu larutan KMnO4 berasid dinyahwarnakan

Lalukan gas sulfur dioksida ke dalam larutan kalium dikromat(VI) berasid

Warna larutan kalium dikromat(VI) berasid berubah daripada jingga kepada hijau.
Gas Klorin
-Berwarna kuning kehijauan
-Berbau sengit
Masukkan kertas litmus biru lembap ke dalam tabung uji yang mengandungi gas klorin

Warna kertas litmus biru lembap menjadi merah, kemudian dilunturkan
Gas klorin disahkan hadir
Nitrogen dioksida
-Berwarna perang
-Berbau sengit
Masukkan kertas litmus biru lembap ke dalam tabung uji yang mengandungi gas nitrogen dioksida

Warna kertas litmus biru lembap menjadi merah
Menunjukkan kehadiran gas nitrogen dioksida
Larutkan gas nitrogen dioksida dalam air

Larutan tidak berwarna terhasil


*Tambahan: 
Ujian pengesahan bagi gas hidrogen klorida, HCl 

Prosedur: 
1. Celupkan sebatang rod kaca dengan larutan ammonia pekat 
2. Dekatkan rod kaca ke mulut tabung uji yang mengandungi gas hidrogen klorida 

Pemerhatian: 
Pepejal putih terbentuk 

Inferens : 
Pepejal putih yang terbentuk adalah ammonium klorida 

Kesimpulan : 
Gas hidrogen klorida disahkan hadir 

*Catatan: sekiranya soalan tidak menyatakan jenis gas yang perlu disahkan, maka dalam bahagian prosedur, TIDAK PERLU menyatakan nama gas. Cukup sekadar menyatakan "gas tersebut" 

*Muat turun nota ini DI SINI 

28 comments:

  1. Menarik. Zaman sekolah dulu suka sangat kalau buat ujikaji ni. 😀

    ReplyDelete
  2. Aslam cikgu apakah Nama ujian tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengesahan kehadiran oksigen dan hidrogen

      Delete
  3. Aslam cikgu apakah Nama ujian tersebut

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing, this is so beneficial cikgu :)

    ReplyDelete
  5. Sebab apa gas ammonia tidak menukarkan kertas litmus kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gas ammonia memerlukan air untuk menunjukkan sifat alkalinya. jadi, kertas litmus perlu lembap, air tersebut akan menyebabkan gas ammonia mengion dan menghasilkan ion hidroksida yang bersifat alkali.

      Delete
    2. cikgu, kaedah mengumpul gas yang terbebas macam mana?kaedah apa?

      Delete
    3. kaedah sesaran air (water displacement method)

      Delete
  6. Erm esk dh nk exam sains pt3.. goodluck to me tomorrow but otak aku masih kosong sbb sebelum ni cg sains kelas aku tak mengajar dowh..so ape ii aku kene usaha utk cari ilmu..esk exan dowh aku baru nk cari semua ni huhukkk..aku harap lulus je la..aku dh syukur kalau lulu siaa

    ReplyDelete
  7. Cara nk kenal gas oksigen dan karbon dioksida

    ReplyDelete
  8. cg gas apa yang akan dibebaskan jika kalsium karbonat ditambah ke dalam larutan asid?

    ReplyDelete
  9. Cikgu kalau asid hidroklorik pula mcm mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mengesahkan kehadiran asid, kita uji dengan menggunakan logam reaktif seperti magnesium atau zink.
      1. Masukkan serbuk Magnesium atau serbuk zink ke dalam larutan asid hidroklorik dalam tabung uji.
      2. Gas tidak berwarna yang terbebas diuji dengan meletakkan kayu uji bernyala di mulut tabung uji.
      3. Bunyi 'pop' terhasil

      Delete
  10. Selain menggunakan kertas litmus.bagaimana cara menguji gas ammonia

    ReplyDelete
  11. mengapakah kertas litmus perlulah dilembapkan sebelum menguji gas terbebas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana gas yg berasid hanya boleh menunjukkan sifat keasidannya dengan kehadiran air.

      Delete
  12. kenapa kertas litmus perlu dilembabkan

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum cg , pemerhatian kehadiran gas hidrogen klorida apa yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gas HCl tiada bau dan warna. Jadi kita hanya nmpak gas tidak berwarna yg terbebas. Jika nak sahkan gas itu adalah HCl, boleh guna kertas litmus biru yg lembap

      Delete
    2. kertas litmus biru lembap akan bertukar menjadi merah

      Delete
  14. Assalamualaikum cikgu klau soalan tanya mcm ni (Berdasarkan pemerhatian tulis inferens yang sepadan bagi semua ujian gas yang dilakukan ). Nak jawab mcm mane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Biasanya kita tulis je nama gas yg berkaitan berdasarkan pemerhatian.
      Contoh:
      Pemerhatian : air kapur menjadi keruh
      Inferens : gas karbon dioksida hadir

      Delete
  15. hello nak tanya. kalau soalan tu tanya "cadangkan satu ujian untuk mengesahkan gas tersebut?" saya nak jawab macam mana eh? terus jawab ujian kayu berbara atau tulis prosedur sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tulis prosedur sekali beserta pemerhatian & kesimpulan seperti nota di atas

      Delete