Darah manusia
dibahagikan kepada 4 kumpulan utama, iaitu kumpulan darah A, B, AB dan O.
Dalam proses
pendermaan darah, setiap kumpulan darah boleh menderma dan menerima darah
daripada kumpulan darah yang tertentu sahaja.
Aktiviti di
bawah ini dijalankan bagi memudahkan pelajar untuk memahami dan mengingati
kumpulan darah yang berbeza serta proses pendermaan darah. Idea ini pada
asalnya diambil dari kumpulan FB Cikgu Sains Kreatif & blog Cikgu Hailmi
dengan sedikit pengubahsuaian.
Langkah-langkah:
1. Sediakan
4 buah bikar yang diisi dengan 4 jenis larutan berbeza bagi mewakili 4 kumpulan
darah
Darah A: air
sirap
Darah B:
susu cair
Darah AB:
Air Bandung
Darah O: air
kOsOng
2. Sediakan
4 set tabung uji dengan 4 tabung uji bagi setiap set (4x4 = 16). Setiap set
tabung uji diisi dengan 4 jenis larutan berbeza.
3. Masukkan
4 jenis larutan daripada bikar ke dalam setiap satu set tabung uji.
4. Perhatikan
perubahan warna larutan dalam setiap tabung uji.
*Jika warna
larutan dalam tabung uji berubah, maka kedua-dua larutan (darah) tersebut tidak
boleh bercampur (diderma / diterima)
*Jika warna
larutan tidak berubah, maka kedua-dua larutan (darah) tersebut boleh bercampur
(diderma/diterima)
Rumusan:
Kumpulan Darah Penerima
|
Kumpulan Darah
|
Kumpulan Darah Penderma
|
A, AB
|
A
|
A, O
|
B, AB
|
B
|
B, O
|
AB
|
AB
|
A, B, AB, O
|
A, B, AB, O
|
O
|
O
|
*Kumpulan
darah O boleh mendermakan darah kepada semua kumpulan darah yang lain. Oleh
itu, kumpulan darah O dinamakan sebagai Penderma Universal.
*Kumpulan
darah AB boleh menerima darah daripada semua kumpulan darah yang lain. Maka,
kumpulan darah AB disebut sebagai Penerima Universal.
* Jika darah yang tidak sesuai didermakan / diterima, ia akan menyebabkan:
- darah akan bergumpal
- boleh membawa maut
* Jika darah yang tidak sesuai didermakan / diterima, ia akan menyebabkan:
- darah akan bergumpal
- boleh membawa maut
No comments:
Post a Comment